MyEG Speedy Delivery!


Salam,

Saya sebagai seorang agen takaful am Etiqa Takaful, seperti biasa akan menggunakan sistem ‘online’ CGS Etiqa untuk mengeluarkan ‘cover note’ pelanggan.

Petang ini saya memperbaharui perlindungan takaful kenderaan untuk kereta CITRA isteri saya, setelah menghadapi masalah menggunakan sistem tersebut pada waktu tengahari.

Untuk kereta yang geran masih dipegang oleh bank, khidmat MyEG boleh digunakan untuk memperbaharui cukai jalan. Kalau geran ada ditangan dan anda tidak kisah untuk ke JPJ atau Pejabat Pos berdekatan, bolehlah bawa ‘cover note’ dan geran ke sana untuk tujuan pembaharuan itu.

Sewaktu mula-mula menggunakan MyEG dalam bulan Jun 2011, penghantaran cukai jalan ke Pekan mengambil masa 4 hari bekerja untuk tiba, walaupun menggunakan khidmat Pos Laju. Dalam bulan Ogos, berlaku peningkatan mendadak apabila cukai jalan yang ditempah pada waktu pagi, disampaikan kepada penerima selepas tengahari hari yang sama.

Saya tertanya-tanya bagaimana MyEG meningkatkan prestasi mereka? Agakan saya mereka melantik Pejabat Pos Daerah sebagai agen penghantaran, bukan lagi daripada Shah Alam.

Namun hari ini MyEG meningkatkan lagi prestasinya, apabila cukai jalan CITRA tersebut yang ditempah pada pukul 6 petang, dihantar ke rumah saya pada jam 10.30 malam!

Hasil perbualan ringkas dengan agen penghantaran, rupa-rupanya MyEG telah melantik agen di Pekan untuk tugas-tugas tersebut. Katanya pusat operasi mereka terletak di tingkat atas Kedai Leno Pekan.

Saya percaya, di tempat lain juga MyEG telah melantik agen-agen juga, untuk mencapai matlamat penghantaran pada hari yang sama.

Jadi kesimpulannya, anda boleh memperbaharui insurans takaful kenderaan anda termasuk melalui saya, dan saya boleh memberi khidmat tempahan cukai jalan melalui MyEG sekiranya anda tidak mempunyai akses dan kebolehan menggunakan internet.

2 responses to “MyEG Speedy Delivery!

  1. Salam nak tanya boleh ke renew roda tax dengan ente…no hp? Ente tinggal di mana? Peken kat mana? Dapat terus r.tax ? Ada mesin print r.tax?

    • Waalaikumussalam En. Pauzi.

      Boleh insyaAllah.

      No hp 019-985 5546, tinggal di Taman Perdana, Peramu Jaya.

      Hari bekerja boleh dapat terus road tax.

      Terima kasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s