Kalendar Tahun 2012 & Jadual Cuti Persekolahan


Salam,

Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk tahun 2011 melabuhkan tirainya, maka akan bermula helaian daun masa yang baru untuk yang dipanjangkan usia oleh Allah s.w.t.

Tulisan di pasiran boleh diukir kembali, walau tidak hentinya ombak menghempas pantai. Namun yang tidak boleh kembali lagi ialah masa yang telah berlalu. Ia makin jauh, dan yang semakin hampir ialah kiamat kecil untuk setiap yang bernyawa.

Marilah kita muhasabah pencapaian dan kekurangan kita sepanjang 2011, dan tekadkan azam untuk memperbaiki segala kelemahan di samping merangka azam yang baru.

KALENDAR 2012

Anda boleh mendapatkan kalendar 2012 dengan berkunjung ke laman web berikut:

http://www.calendarlabs.com/online-calendar.php

Sila pilih ‘country, include holiday’ dan tekan ‘Year Calendar’.

Hasilnya anda boleh mendapatkan kalendar 2012 untuk Malaysia beserta tarikh hari-hari cuti am dibawahnya.

Tekan ‘Show Printable Format’ untuk mencetak kalendar tersebut, mudah bukan?

CUTI PERSEKOLAHAN 2012

Kalendar tidak lengkap tanpa cuti persekolahan. Ia amat perlu terutama untuk merancang percutian keluarga dan juga urusan menetapkan hari walimatul urus dan seumpamanya.

Jadual cuti sekolah 2012 boleh didapati di laman web berikut:

http://www.onestopmalaysia.com/holidays-2012.html

(Kalendar ini lebih baik dan lengkap daripada yang sebelumnya, berwarna-warni pula!)

Selamat mengharungi sisa-sisa 2011, semoga dipanjangkan usia dalam ketaqwaan untuk melalui 2012 dengan penuh kejayaan, demi mencari redha Allah s.w.t di dunia dan di akhirat, amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s