Kuasa ‘Referral’


Salam,

Baru-baru ini saya mendapat satu sms ketika dalam perjalanan balik dari Kuantan.

Setelah berbalas mesej, saya dapati beliau ialah seorang guru yang ingin membeli emas jongkong 20 gram. Beliau mahukan jongkong yang baru dan tiada kesan calar dan seumpamanya.

Saya cadangkan untuk berjumpa agar beliau boleh melihat sendiri stok yang saya ada dan membuat keputusan untuk membeli atau tidak.

Pada keesokan harinya, kami bertemu di sebuah restoran di bandar Pekan, dengan dua orang kawannya turut serta. Menurutnya, beliau mendapat tahu tentang saya melalui kawannya seorang guru di sekolah yang sama.

Setelah memberi penerangan termasuk menunjukkan status harga terkini melalui laptop saya serta bersoal jawab, beliau bertanya bagaimana untuk memastikan ketulenan emas dan juga berat. Saya mencadangkan agar emas tersebut dinilai oleh mana-mana cawangan Ar-Rahnu berdekatan, dan kami pilih Ar-Rahnu Bank Muamalat.

Saya sebenarnya pernah menguji ketulenan emas di cawangan tersebut, dan sudah kenal pegawai di situ.

Beliau melakukan ujian berat dan ujian ketumpatan menggunakan densitimeter.

Hasilnya jelas tepat baik daripada segi berat atau jenis emas.

Setelah berpuashati, beliau menuju ke Maybank dan mengeluarkan wang simpanan ASB beliau dan membeli emas 20gram tersebut.

Walaupun rakan yang memperkenalkan saya masih lagi belum membeli seketul emas pun, namun kesan pendedahan berterusan mengenai emas membolehkan beliau merujuk kawannya kepada saya.

Itulah kuasa ‘referral’ yang amat berkesan untuk meningkatkan prestasi jualan kita!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s