Sebab-sebab harga emas akan menjulang tinggi..


Salam,

Graf kenaikan harga emas

Harga emas menurun sejak September 2011, naik sekejap bulan Januari 2012 hingga akhir Februari sebelum turun semula hingga kini.

Dalam analisa-analisa harian yang saya baca, pakar-pakar pelaburan emas berpendapat antara sebab harga emas tidak menokok ialah adanya kegiatan jualan manipulasi oleh bank-bank besar di Amerika sedangkan senario ekonomi di Eropah khasnya amat membimbangkan kerana masalah hutang negara-negara Kesatuan Eropah yang tinggi.

Jadi apa sebab-sebab harga emas dijangka akan naik?

Antaranya;

1. Wang tunai yang amat banyak.

Simpanan wang dalam bank tidak memberi pulangan tinggi dan akan dimakan inflasi. Syarikat-syarikat gergasi S&P 500 di Amerika contohnya mempunyai rizab tunai USD1.7 trilion dan aset dana pencen pula melebihi USD31 trilion. Bayangkan kalau sekadar 5% sahaja wang ini digunakan untuk pembelian emas, sudah tentu harga emas akan meningkat dengan cepat.

2. Jurang antara penawaran dan permintaan emas semakin membesar.

Sejak 2001, kadar pengeluaran emas mendatar, sedangkan harga emas telah meningkat 6 kali ganda, dan permintaan bertambah daripada USD3 bilion kepada USD80 bilion.

Harga emas akhirnya akan bergantung kepada penawaran yang semakin mengecil berbanding permintaan yang semakin meningkat, yang akhirnya akan menyebabkan harganya meningkat begitu tinggi apabila para pelabur hilang keyakinan terhadap ekonomi Amerika.

Komen penganalisis Barat;

Andy Schectman of Miles Franklin insisted that the bullion market “will ultimately be defined by complete lack of available supply.” Border Gold’s Michael Levy cautioned, “If an overwhelming loss of confidence in the US unfolds, the demand for physical gold and silver will far outweigh all known inventories.” And Mike Maloney of GoldSilver.com warned that if shortages develop, “physical bullion coins and bars might become unobtainable regardless of price.”

3. Ekonomi Amerika telah ‘bocor’

Sejak Januari 2001, matawang Dollar Amerika telah hilang nilainya sebanyak 26% dan Dollar Kanada menurun 23%, sedangkan emas telah melonjak 325% kuasa pembeliannya.

Hutang negara Amerika kini USD15.7 trilion dan dijangka terus meningkat hingga USD20 trilion dalam masa 3 tahun.

Amerika juga mengalami defisit kewangan USD1.3 trilion dan juga berhutang USD4 trilion dalam bentuk bon US Treasuries.

Semuanya mengarahkan kepada pertambahan wang dicetak dan juga kegagalan menangani masalah hutang di negara kuasa ekonomi nombor 1 dunia itu.

Kesimpulannya, mulakan pelaburan emas fizikal anda sebelum segala-galanya terlambat-harga emas melonjak amat tinggi dan lebih teruk tiada lagi emas fizikal yang dapat ditawarkan, sedangkan nilai matawang kertas semakin menjunam.

Hubungi 019.985.5546 untuk mendapatkan nasihat percuma pakar pelaburan emas fizikal segera.

p/s: Emas fizikal dapat dibeli dan diambil di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

(Sumber daripada artikel ini oleh Jeff Clark)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s