Seorang klien, 2 produk!


Salam,

Pulangan 3 tahun CM Shariah Flexi

Sebelum cuti sekolah baru-baru ini, seorang kawan telah menghubungi saya untuk membuat pelaburan  dalam saham amanah melalui pengeluaran wang akaun 1 KWSP.

Beliau bekerja di Mercedes Benz Malaysia, Pekan.

Jadi apabila beliau telah bersedia, kami membuat temujanji di kantin tempat beliau bekerja, sebelah petang.

Penyata KWSP dan salinan kad pengenalan telah ada. Terus saya mengira kelayakan pengeluaran daripada akaun 1 beliau. Dalam RM10499 (boleh rujuk jadual di sini atau gunakan kalkulator)

Banyak juga kerana tidak pernah keluarkan sebelum ini.

Memberi penerangan, menjawab persoalan-persoalan, dapatkan data-data peribadi, tandatangan dan cop jari. Saya mencadangkan agar beliau memilih dana CM Shariah Flexi memandangkan pulangan yang konsisten dan lebih tinggi daripada pulangan KWSP.

Selesai? Belum lagi!

Beliau sebelum ini pernah berminat untuk mendapatkan polisi takaful pendidikan untuk anak-anak beliau. Namun tidak diambil hingga kini. Lantas saya telah membuat satu ‘quotation’ awal-awal untuk bayaran bulanan RM100 sebulan untuk pakej MAA Takafulink Hajj (dapatkan brosur PDF di sini)

Beliau lebih bersedia kali ini, dan yang menariknya beliau meminta diberi ‘quotation’ untuk RM150 sebulan. Terus beliau bayar RM300 untuk permulaan.

Pakej MAA Takafulink Hajj amat lengkap kerana mengandungi elemen perlindungan, pelaburan dan juga upah Badal Haji akan diberikan oleh pihak MAA Takaful apabila berlaku kematian.

Bermakna, klien boleh mengeluarkan wang tunai untuk kegunaan mengerjakan fardu haji apabila telah sampai masanya atau diuruskan wang Badal Haji sekiranya meninggal sebelum sempat mengerjakan fardu haji.

Alhamdulillah, moga pelaburan unit trust beliau dan perlindungan takaful tersebut mampu memberi pulangan yang berbaloi-baloi, amin.

Anda boleh menghubungi saya, pakar pengurusan takaful keluarga/am dan juga pelaburan unit trust di 019.985.5546 segera.

p/s: Kesemua produk dijamin patuh syariah Islam:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s