Bagaimana Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru


Salam,

Kadar No Claim Discount (NCD) Kereta

Beberapa hari lepas ada seorang klien yang ingin memindahkan No Claim Discount (NCD) daripada kereta lama beliau kepada kereta baru.

Kereta lama (Iswara) sudah mempunyai NCD penuh 55%, untuk dipindahkan kepada kereta baru (Alza).

Tujuannya ialah supaya dapat menjimatkan bayaran untuk perlindungan takaful kereta baru kerana dapat gunakan NCD 55% tersebut.

Jadi apa langkah-langkah yang perlu dibuat?

a. Pertama pergi ke cawangan terdekat syarikat takaful/insurans yang melindungi kereta lama itu. Contoh Iswara dilindungi oleh Allianz, maka mohonlah di kaunter Allianz untuk memindahkan NCD tersebut. Biasanya anda perlu menambah bayaran perlindungan bergantung berapa lama lagi tempoh perlindungan takaful itu sah.

Kerani di situ akan mengecop di atas polisi takaful tersebut sebagai pengesahan urusan pemindahan telah di buat.

Perlu bawakan sekali 1 salinan kad pengenalan pemilik kenderaan tersebut.

b. Kedua, semasa pembaharuan kereta baru (Alza), beritahu dan tunjukkan polisi takaful kereta lama yang anda ingin pindahkan NCD daripadanya kepada kereta baru.

c. Setelah agen takaful itu mengesahkan NCD telah berjaya dipindahkan, bermakna anda hanya perlu membayar harga perlindungan takaful kereta baru yang telah dipotong mengikut NCD kereta lama.

(Anda boleh mengetahui kadar NCD anda secara percuma di sini)

Semoga tip ini mampu memberikan anda penjimatan yang anda layak menikmatinya.

Perlu bantuan? Whatsapp 019-985 5546

Perlu bantuan? Whatsapp 019-985 5546

Hubungi saya di 019-985 5546 atau emel nafandi@gmail.com untuk urusan berkaitan pemindahan NCD dan juga pembaharuan takaful kenderaan, secara ‘offline’ ataupun ‘online’, ataupun khidmat-khidmat yang lain seperti di atas.

84 responses to “Bagaimana Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru

  1. Salam.jika saya telah jual kereta pada bulan April dan beli kereta baru pada bulan Jun, bolehkah NCD dipindahkan?insuran kereta lama telah tamat pada bulan April.

  2. Salam.

    Saya mengambil insurans Etiqa Takaful untuk kenderaan lama saya.
    NCD kenderaan itu ialah 55% dengan nilai insurans RM20,000.
    Tarikh bayar 2/3/2013.
    Polisi insurans ini akan tamat pada 1/3/2014.

    Saya bercadang untuk membeli kereta baharu dan memindahkan NCD kereta lama pada kereta baharu tersebut. Persoalannya ialah:-

    1) Adakah saya perlu merujuk permohonan saya ke ibu pejabat Etiqa Takaful Berhad di Jalan Maarof, Kuala Lumpur.
    2) Perlukah saya mengemukakan surat atau mengisi borang atau memadai membawa sijil Takaful yang telah dikeluarkan.
    3) Berapakah nilai insurans yang perlu dijelaskan bagi kereta lama saya bagi menampung perngeluaran NCD 55% tersebut sehingga tempoh tamat insurans asal.

    Terima kasih.

    • Waalaikumussalam,

      1. Tuan perlu pergi ke cawangan Etiqa Takaful negeri yang berdekatan dengan tempat tuan tinggal sekarang.

      2. Bawa sijil takaful dan isi borang pengeluaran NCD di pejabat tersebut.

      3. Katakan jumlah pembayaran sekarang RM700. NCD55% ialah RM385. Memandangkan 6 bulan masih berbaki, jumlah anggaran tuan kena bayar ialah RM192.50.

      Moga membantu.

  3. Saya telah menjual kereta lama saya dan ingin pindahkan NCD ke kereta baru tapi tak tau dimana silapnya dekat penjual semasa register kenderaan baru di dalam cover note insurans tidak ditulis NCD saya telah ditolak. Memandangkan insurans telah di issue adakah dimasa akan datang saya semasa ingin renew insurans ncd tu boleh digunakan atau saya akan terus guna NCD 0%. untuk makluman insurans kenderaan lama bawah Kurnia dan yang baru bawah Etiqa Takaful…mohon pencerahan…

    • Salam,

      1. Apakah tuan telah pindahkan NCD daripada kereta lama itu daripada Kurnia?

      2. Apakah baru sahaja beli kereta baru atau sudah lama? Kalau baru elok tuan jumpa pengurus tempat tuan beli kereta itu minta dia masukkan NCD dan pulangkan duit yang tuan berhak dapat.

      3. Kalau sudah lama dan hampir setahun, tuan masih boleh gunakan NCD kereta lama itu, dengan syarat tuan sudah tarik NCD itu daripada kereta lama.

      Moga membantu.

  4. SALAM…SAYA DALAM PROSES MEMBELI KERETA BARU …PERTANYAAN SAYA BOLEHKAN SAYA TRANSFER NCD KERETA LAMA KEPADA KERETA BARU SEDANGKAN INSURANS KERETA BARU TELAH DIURUSKAN OLEH SALESMAN SEBELUM TRANFER NCD DILAKUKAN. BOLEHKAN SAYA URUSKAN TRAnsFER NCD SELEPA INSURAN KERETA BARU TELAHPUN DIBUAT.

    • Waalaikumussalam,

      Sudah berapa lama insurans baru itu dibuat? Sudahkah pembayaran dibuat?

      Jika masih baru dan pembayaran belum dibuat, anda masih sempat untuk menggunakan NCD kereta lama.

      Cuma beritahu kepada salesman kereta itu tentang hasrat anda.

  5. salam tuan,

    ayah saya telah memberikan kereta Wajanya kepada saya dan menyuruh untuk menukar nama pemilik kereta ke atas nama saya.Untuk proses itu, saya tahu tiada masalah.Insurans juga tiada masalah,disebabkan saya perlu membuat insurans yang baru.saya dapati NCD kereta (atas nama ayah saya) tersebut ialah 55%.Oleh itu, saya hendak tahu bolehkah NCD tersebut dipindahkan atas nama saya (Insurans baru yang saya mohon)?Kiranya saya mahu NCD 55% itu dalam insurans saya untuk menjimatkan pembayaran perlindungan.hehehehe….

    Terima kasih.

  6. Salam,

    Saya mengambil insurans Etiqa Takaful untuk kenderaan saya sekarang.
    NCD kenderaan itu ialah 55% dan polisi insurans ini akan tamat pada 14/11/2014.

    Insuran dibuat secara online.

    Saya bercadang ingin menjual kereta sekarang dan membeli membeli kereta baharu ATAS NAMA ISTERI SAYA dalam masa terdekat. Soalannya:-

    1) Bolehkah NCD dipindahkan?
    2) Sekiranya boleh bagaimana berurusan dengan insuran yang dibeli secara online.

  7. Salam,

    Ada kemungkinkah NCB menjadi 0 walaupun tidak pernah membuat tuntutan atau memindahkannya ?

  8. Assalamualaikum,
    Saya ada pertanyaan, saya sudah membeli kereta baru dgan insurans baru bermakna ncd 0 seminggu lalu. Saya tidak membawa ncd kereta lama yg dh 55% ke kereta baru.Saya bercadang nk batal ncd kereta lama saya dan memindahkn ke kereta baru. Jd skang boleh kah perkara ini di buat?

  9. NCD kereta lama 55% dari syarikat A, NCD kereta baru pula 25 % daripada syarikat B, boleh tak saya switch NCD saya supaya kereta baru saya NCD dapat 55% dan kereta lama NCD 25 %.

  10. salam..

    saya telah membeli kereta baru pada bulan march 2013..kemudian saya telah menjual kereta lama pada bulan june 2013 dan telah membatalkan insuran kereta tersebut..NCD kereta lama sudah 55%..boleh tak kalau saya nak pindahkan NCD kereta lama ke kereta baru?bagaimana?..
    terima kasih

  11. Saya membayar polisi insurans Etiqa Takaful bg kereta lama melalui MyEG. Jika saya ingin pindahkan NCD kereta tersebut ke kereta baru, dengan siapa saya patut berurusan bg mendapatkancop pengesahan NCD boleh dipindahkan. Mohon nasihat jika tuan berpengalaman dalam situasi sebegini.TQ

  12. Assalam…suami sy ada mbeli kereta baru dan menukr ncd kereta lama 55% kpd kereta br.
    Semasa proses beli kereta, kami telh mbayar penuh nilai insurans kereta baru. Kemudian br urusan ncd kereta lama di lakukan.
    Berapa lamakah tempoh ms di ambil utk mdpt semula baki insurans tsebut dan siapakah yg perlu berurusan dgn sykt i surans? Pembeli atau sales person?

    • Waalaikumussalam,

      Seeloknya secepat mungkin urusan pemindahan NCD dibuat.

      Baki insurans itu dalam masa 1 bulan dapat semula.

      Boleh buat sendiri jika jurujual tidak boleh bantu.

  13. Salam, Saya nak tanya sikit.
    kalau kereta kita kena tarik, bercadang tak nak dah ambil kereta tu.
    NCD ada 55%.
    nak beli kereta used secara cash.
    boleh ke transfer NCD dari insurance lama tu?
    terima kasih

  14. Salam,

    Kalau NCD dah dipindahkan ke kereta baru, adakah kereta lama bila renew masih lagi dapat NCD 55%?

  15. Assalamualaikum.. ade persoalan disini..
    1) berapa lama tempoh sah NCD selepas withdraw? sbg contoh kereta A expired bulan Feb.. Kereta B expired bulan Sept.. Boleh x saya withdraw NCD kereta A bulan Feb tu then guna masa nk renew insuran kereta B pada Sept..
    2) Berapa awal blh renew insuran kereta… ade kawan cakap seawal 60 hari dari tarikh expired… Tapi smlm sys ke Etiqa Branch then dimaklumkan insuran hanya boleh diperbaharui seawal 3 minggu… mana satu betul ni?
    Harap bantu

  16. assalamualaikum tuan,

    Saya telah menjual kereta perodua kembara pada tahun 2009, pada tahun ini saya bercadang membeli sebuah kereta baru.. boleh kan NCD saya dipindahkan ke kereta baru.. terima kasih.

    • Waalakumussalam,

      Jika NCD kereta kembara itu tidak dipindahkan ke kereta lain sebelum ini, NCD akan berkurang setiap tahun. Contoh 2010 jadi 45%, 2011 38.33%, 2012 30%, 2013 25% dan 2014 0%.

      Jadi NCD sudah kosong. Cuma tuan boleh periksa dulu dengan syarikat takaful terdahulu samada NCD sudah jadi 0% atau masih 25%.

      Terima kasih.

  17. assalamualaikum tuan,

    sy ada kereta saga lama yg NCD 55% tapi dh setahun lebih tak renew insuran, bolehkah sy pindahkan NCD kereta saga itu ke kereta baru.?

    Terima kasih.

  18. Salam.saya bercadang nak beli motor baru(sym 200) dan nak kekalkan motor sekarang (modenas 110 -2012) adakah boleh saya pindah ncd dari motor sekarang ke motor baru,dan adakah ia berbaloi???

    • Waalaikumussalam,

      Saya tidak pasti berapa NCD untuk motosikal kerana saya sendiri tidak memiliki motosikal.

      Jika motor baru mahal harganya, berbaloi untuk pindah NCD.

  19. Salam..tuan ade ofis untuk urusan pembaharuan takaful etiqa untuk kenderaan ni? Kalau ada di mana?

    • Waalaikumussalam,

      Saya beroperasi di sekitar Peramu Jaya, Pekan Pahang.

      Namun untuk memperbaharui takaful kenderaan dan cukai jalan, saya boleh laksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia.

      Cuma whatsapp/emel salinan geran dan ‘cover note’ ke 019-985 5546 untuk sebutharga percuma.

      Jika setuju, buat pembayaran untuk cover note dan cukai jalan, serta beri alamat untuk penghantaran cukai jalan.

      Terima kasih.

      Nor Afandi

  20. Salam, saya nak btanya saya telah mbeli kereta baru Dan bcadang untuk tarik ncb kereta lama ke kereta baru, kereta lama tersebut saya telah beri kepada abg kandung saya Dan insuran tsebut akan Tamat pada bulan bulan 2 tahun dpn.psoalannya adakah insuran kereta lama perlu di pbharui semula sblum tarikh tamat pbaharuan insuran..

    • Waalaikumussalam,

      Tidak perlu diperbaharui semula. Cuma apabila kita tarik NCD daripada kereta lama, kita kena top-up semula kerana NCD kereta lama itu sudah menjadi 0%.

  21. assalam….apa beza transfer dgn withdraw ncd?
    saya ada 1 kereta saga (55% ncd, insurance start mei2014) & 1 almera (insurance expired 15hb july 2014). nak transfer ncd saga ke nissan.dua2 kereta/insuran atas nama saya.berapa kos terlibat (sbb salesman kereta kata kne byr rm300++ utk transfer ncd tu). mohon pencerahan.

    • Waalaikumussalam,

      Tiada beza sama sahaja transfer/withdraw.

      Kos cuma tambang petrol pergi ke kedai takaful Saga itu untuk tarik NCD. Cuma disebabkan kereta saga itu baru mula Mei 2014, anda perlu top-up semula potongan 55% kereta Saga tersebut kerana NCD jadi 0%.

  22. Assalamualaikum & Slmt Hari Raya Aidilfitri,

    Sy dlm proses membeli Hilux baru. Sblm ini keluarga sy memiliki sebuah kancil diatas nama ayah saya. Jadi boleh tak insurans kereta kancil dipindahkan kepada Hilux baru dgn sukarela? Apakah proses yg sepatutnya sekiranya dapat?

    • Waalaikumussalam,

      Boleh pindah jika Hilux baru itu turut didaftarkan atas nama ayah tuan.

      Perlu pergi ke syarikat insurans/takaful Kancil itu untuk tarik NCD dan tunjuk surat itu semasa pembelian takaful Hilux.

    • Waalaikumussalam,

      Boleh pindah jika daftar Hilux atas nama ayah tuan juga.

      Pergi ke syarikat insurans Kancil untuk dapatkan surat tarik NCD.

  23. Hi,
    saya baru beli sebuah kereta baru dan jual kereta lama saya. saya ingin nak cancel insuran kereta saya dan pidah NCD ke kereta baru saya. NCD kereta lama saya ada sebanyak 55% dan Current Policy Period of Cover adalah 25/10/2013 – 24/10/2014, massih ada sebulan lebih, tetapi menurut ejen insuran kereta lama saya, insuran saya tidak boleh dibatalkan dan hanya dibenarkan pindah NCD sahaja serta perlu menjelaskan jumlah insuran menampung perngeluaran NCD 55% tersebut sehingga tempoh tamat insurans asal.
    adakah ini betul atau tidak? sekiranya betul, berapakah saya perlu dibayar?

    • Kereta jika telah dijual (tukar nama) boleh dibatalkan polisi insuran asal.

      NCD itu boleh digunakan untuk kereta baru. Jika tidak dijual NCD boleh dipindah dan kena tambah duit untuk tampung NCD 55% yang telah ditarik. Kadar ialah baki hari yang tinggal bahagi setahun (pro rata).

      Terima kasih.

      • oh, begitu, tetapi syarikat insuran Pacific tidak benarkan saya batalkan polisi insuran tersebut setelah saya jual kereta lama saya, menurut ejen insuran Pacific, mereka hanya benarkan saya transfer NCD saya ke kereta baru saya dan perlu kenakan bayaran. Bolehkan saya minta mereka batalkan sahaja polisi lama saya begitu sahaja.

      • Jika sudah rujuk kepada pengurus syarikat tersebut, mungkin polisi mereka tidak membenarkan untuk dibatalkan. Jangan rujuk ejen..

  24. Salam Tuan,
    Boleh tau kalau nak withdraw ncd perlu ke etiqa cawangan negeri atau boleh dilakukan dengan agen etiqa juga. tq

  25. Salam,
    bolehkah saya mengambil diskaun Ncb motosikal dan transfer nilai tersebut kepada Ncb kereta baru yang dibeli. Tq

  26. As salam, saya akan membeli kereta yang kedua dan kereta pertama mempunyai ncd 45% dan akan dipindah ke kereta baru. Soalan saya bagi kereta pertama apakah nanti kos untuk renew insuran bagi kereta berkenaan kerana mempunyai ncd %0…adakah ianya lebih tinggi dari tahun sebelum ini dan bagaimanakah perkiraan insurannya yang perlu dibayar. T.kasih

    • Waalaikumussalam,

      1. Kos akan tinggi sedikit kerana NCD sudah jadi 0%, walaupun begitu sum insured turun.

      2. Pengiraan mengikut sum insured, umur kereta lama (loading), ada perlindungan tambahan atau tidak.

      3. Untuk pengiraan lengkap boleh whatsapp saya di 019-985 5546

      tq.

  27. salam,
    bagaiman proses refund tu boleh terjadi. boleh terangkan x?

    • Waalaikumussalam,

      Apabila anda membawa surat pemindahn NCD itu kepada syarikat insurans kereta baru, mereka akan membuat pengiraan semula berpandukan NCD yang ada dan juga tempoh perlindungan yang berbaki.

      Jadi anda layak untuk mendapat refund berpandukan penjimatan setelah diambilkira NCD yang telah dipindahkan itu.

      Terima kasih.

  28. Salam,

    Saya nak tanya kalau la motor. insurans tak boleh tukar nama kan? kita boleh ke claim insurans motor tersebut kat pihak insurans? Kerana tiada hasrat utk berpindah ncd.
    Boleh ke? dan mohon share caranya. tq🙂

  29. Assalamualaikum,
    Boleh tak sy gunakan NCD kereta lama sy dipindahkan untuk pembelian motorsikal berkuasa tinggi?

  30. Salam Tuan,
    Saya dalam proses untuk membeli kereta baru tetapi tidak bercadang untuk menjual kereta lama. Soalan saya, bila kita boleh memulakan proses permindahan NCD ke kereta baru? Kena bawa booking form kereta baru ke atau kena menunggu hingga proses memohon pinjaman selesai?

  31. salam tuan
    saya telah membeli kerata terpakai dari seorang individu, dalam proses tukar hak milik, saya telah mebayar sejumlah wang kepada pihak insurans,
    setelah selasai, tiga bulan kemudaian, pemilik asal kenderaan telifon saya untuk dapatkan gran fotostat, belau memklumkan untuk mengambil ncd dari kereta tersebut seteliah belau booking kereta baru, soalan saya
    – adakah pemilik asal berhak keatas ncd tersebut?
    – adakah saya akan membayar harga tinggi kepada insurans untuk perbaharui cukai jalan jika ncd tersebut diambil?

  32. salam tuan ..boleh ke sekiranya kita membatalkan insuran kereta baru konvensional serta merta dan ambil takaful.tq

  33. Salam,
    Saya dah trade-in kereta lama saya untuk beli kereta baru.
    – NCD kereta lama=45% dengan takaful A. Polisi tamat September 2016, tapi saya cancel December 2015.
    – Nilai insurans baru lebih kurang RM1,800 (takaful B).
    Soalan:
    1) untuk kereta lama, adakah saya dapat refund untuk policy cancellation? Anggaran berapa RM?
    2) untuk kereta baru, bolehkah saya transfer NCD 45% untuk kurangkan nilai RM1,800 insurans baru? untuk makluman, saya dah bayar penuh amaun tersebut. jadi saya akan dapat refund ke? next renewal, NCD jadi berapa?

    Terima kasih.

  34. nur fadillah ain binti haris

    salam boleh ke sy nak pindahkn NCD kereta lama sdh 55% ke kereta baru saya yg 25% sbb sblm ni sy xth tntg NCD ni..
    1)bagaimana proses penukaran ini
    2)boleh ke sy menggunakan NCD kereta lama saya yg masih diguna pakai lg tidak dijual

  35. hi,

    saya mengunakan kereta atas nama dan insurance abg saya, manakala abg saya mengunakan kereta atas nama dan insurance saya. kedua2 kereta sudah habis bayar dan NCD 55%.

    saya dalam process membeli kereta baru. bolekah saya transfer NCD kereta yg yg pakai iaitu atas nama abg saya?

  36. Assalam
    Urusan transfer NCD kereta lama ketika ingin membeli kereta baharu, perlu diuruskan sendiri oleh pembeli atau pihak penjual kereta?

  37. Salam..

    Saya ingin bertanya..

    Saya berada di pahang n orang tua saya berada di kedah.soalan saya..

    Bolehkah saya bawa photocopy polisi etiqa takaful sahaja sbb polisi nama saya tp kenderaan dipakai oleh orang tua di kampung bg transfer ncd ke kereta baru saya.

    Terima kasih.

  38. Assalamualaikum

    Mohon bantuan, sy baru beli keta. kiranya keta lama ade ncd 55% nk ditransferkan ke kereta baru. kebetulan kereta lama saya dah ade buyer. boleh ker ncd kereta lama saya tu ditransferkan setelah kereta yang lama dh bertukar pemilik yang baru? (kereta lama dh tukar nama)

  39. askm…
    contoh situasi: skrg kereta sy guna insurans amgeneral, dan akan tamat pada hujung bln ni…tp sy nk tukar ke allianz..apa efek dia ye…

  40. ASKM
    boleh kah saya pindahkan NCB kereta lama ke kereta baru.
    kereta lama telah di renew pada julai 2016 dan kereta baru telah tamat tempoh insuran pada ogos 2016.
    soalan: dapat saya mengunakan NCB pada kereta lama pada tahun yang sama untuk kereta baru?

    • Wslm..boleh..kena withdraw ncd dari kereta lama..tapi kena topup la sebab ncd dah jadi 0..then boleh guna ncd tu masa nk renew kereta baru..tapi mesti sama owner

  41. Saya ingin bertanya berkenaan dengan NCD insuran kereta saya.. Saya menggunakan insuran MSIG selama 5 tahun dan pada tahun lepas bertukar ke Kurnia Insuran. Daripada agen manakah saya harus minta untuk pertukaran NCD kereta saya. Adakah saya layak untuk mendapatkan NCD kereta lama saya bagi pengurangan insuran kereta baru saya… kereta lama masih dalam simpanan saya dan belum dijual. Harap dapat membantu.

  42. as salam..ncd 55 % kereta lama sy akan digunakan untuk insuran kereta baru..insuran tersbt akan mati pd bulan 8 thn hdpan..perlukah saya membayar yuran utk setahun (selepas tolak ncd 55%) bagi kereta baru tu atau perlu dikira mengikut pro rata?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s