Bagaimana Membuat Pengiraan Keuntungan Pelaburan


Salam,

Perancangan kewangan yang baik memastikan sebahagian daripada pendapatan kita disimpan untuk pelaburan jangka panjang.

Monthly savings

10% adalah jumlah minima yang disarankan oleh pakar-pakar perancang kewangan.

Bagaimana kita hendak tahu berapa jumlah nilai pelaburan di masa hadapan dan berapa keuntungan untuk tempoh pelaburan tertentu?

Gunakan KALKULATOR KEWANGAN.

Antara yang boleh digunakan secara ‘online’ adalah:

a. Compound Interest Calculator – digunakan untuk mengira berapa jumlah terkumpul hasil simpanan bulanan dalam tempoh dan kadar pulangan tahunan tertentu.

b. Monthly Savings Calculator – digunakan untuk mengira berapa jumlah simpanan yang perlu dibuat setelah ditetapkan jumlah tabungan yang diingini dalam tempoh dan kadar pulangan tertentu.

Contoh:

En. Ahmad ingin memulakan pelaburan unit amanah beliau dengan membuat simpanan permulaan RM1,000 dan bulanan RM300. Beliau ingin menyimpan selama 15 tahun. Berapakah jumlah terkumpul dan keuntungan yang akan beliau peroleh dalam tempoh tersebut?

Gunakan Compound Interest Calculator, masukkan kesemua data tersebut, dan hasilnya adalah seperti berikut:

RM300 15 tahun

Penggunaan Compound Interest Calculator Untuk Pengiraan Jumlah Terkumpul & Untung Pelaburan

Jumlah terkumpul ialah RM128,795.02, dengan keuntungan pelaburan ialah RM73,795.02. Banyak bukan?

Penggunaan Monthly Savings Calculator pula sedikit berbeza. Contoh Puan Aini ingin mendapatkan RM150,000 dalam tempoh 10 tahun. Berapa yang perlu beliau laburkan setiap bulan untuk mendapat jumlah tersebut? Andaikan pulangan tahunan 10%.

Masukkan data-data berkenaan ke dalam ruang yang disediakan, hasilnya adalah seperti berikut:

RM150k 10 tahun bayaran bulanan

Hasil daripada pengiraan setelah ditekan butang ‘compute’, pelaburan bulanan ialah RM732.26.

Anda boleh mengubah data-data yang dimasukkan sesuai dengan tempoh pelaburan, jumlah pelaburan dan juga jumlah tabungan yang anda inginkan.

Langkah seterusnya ialah mulakan pelaburan anda hari ini juga. Hubungi saya di 019-985 5546 untuk konsultasi percuma bagaimana untuk anda mulakan pelaburan anda.

2 responses to “Bagaimana Membuat Pengiraan Keuntungan Pelaburan

  1. saya berada d sabah..
    sa berminat dgn UT ni tp hanya mampu melabur rm1000 sbgi permulaan dan rm100 sebulan. jd bagaimanakah caranya memohon?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s