Category Archives: Bicara Ramadhan

Cara Elak Maksiat

Salam Ramadhan,

Tips Elak Maksiat

Courtesy of: Facebook Oh! Media

Advertisements

Ramadhan Tiba – Opick

Salam,

Sudah hari keempat kita berpuasa di bulan Ramadhan 1433H ini, begitu cepat rasanya masa berlalu.

Tetamu yang datang begitu istimewa, membawa pelbagai bonus untuk kita beramal, bertaubat, meningkatkan prestasi diri dan menjana taqwa untuk menjadi pakaian terbaik buat kita semua.

Continue reading

Moga Mendapat Pengampunan Allah…

Salam,

Ramadhan 1432H bakal berlalu pergi, apakah amalan-amalan kita diterima Allah swt atau tidak, apakah kita mendapat pengampunan daripada-Nya, apakah mampu kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang, apakah masih ada esok untuk kita?

Ya Allah, aku akui segala kelemahanku, Engkau ampunilah segala dosa-dosaku, dan jauhkanlah aku daripada siksaan neraka-Mu, serta redhakanlah aku untuk berpijak di dalam syurga-Mu, amin Ya Allah..

Keperihatinan Khalifah Terbilang – Saidina Umar Al Khattab

Assalamualaikum,

Isu orang Islam mendapatkan bantuan gereja atau dipujuk untuk menerima bantuan pihak bukan Islam setelah gagal mendapatkan  bantuan daripada pusat zakat, baitulmal, kebajikan masyarakat dan seumpamanya, masih berlaku hingga ke saat ini.

Apakah puncanya? Cuba renungkan kisah Saidina Umar yang selalu turun padang melihat kesusahan rakyatnya. Alangkah indahnya kalau pemimpin-pemimpin sekarang mencontohi Khalifah Umar ini.

Jadual Puasa 2011 – Kuantan, Pekan, Rompin & Muadzam Shah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Allah kita akan bertemu lagi dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan untuk tahun 1432H, bersamaan 2011 Masihi.

Di bulan Ramadhan, amalan utama setiap muslim yang bertakwa kepada Allah, sudah tentunya berpuasa selama sebulan. Orang Islam akan menjadi lebih peka tentang masa, sentiasa melihat jam terutamanya waktu berbuka puasa dan imsak!

Continue reading

Jadual Berbuka Puasa dan Bersahur Negeri Pahang 2010

Salam Ramadhan,

Malam ini deru rahmat bulan Ramadhan akan menyapa kita insyaAllah, semoga kita tetapkan keazaman  bermula daripada malam ini untuk berpuasa selama sebulan dengan sebaik mungkin, dan menghidupkan malam setidak-tidaknya dengan menunaikan solat tarawih.

Semoga jadual bersahur dan berbuka di atas untuk umat Islam di Pahang akan membantu kita untuk mempercepatkan berbuka dan melewatkan sahur, sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya;

Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.

Selamat Menyambut Ramadhan 2010

Salam,

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan akan tiba lagi, menawarkan pelbagai bonus untuk umat Islam dalam misi mendapatkan keredhaan Allah dan sifat ketaqwaan yang jitu.

Persiapan penting sebelum kita berpuasa ialah memastikan puasa dan amalan-amalan kita betul-betul mengikut syariat Allah s.w.t, sebagaimana yang digariskan di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Continue reading

Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa

Salam,

Tidak lama lagi lambaian Ramadhan akan tiba, bulan terbaik dalam setahun.

Bulan Ramadhan mengandungi fadilat yang banyak untuk umat Islam yang merinduinya, sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w;

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”

Hadis riwayat  Bukhari, Muslim & Nasaaei.

Continue reading

Amalan Sunnah Di Hari Raya Aidilfitri

Salam Ramadhan,

1 Syawal Menjelang Tiba

1 Syawal Menjelang Tiba

Alhamdulillah Ramadhan masih berbaki beberapa hari, namun 1 Syawal sudah menanti peredaran masa untuk menjemput kita menyambut kejayaan berpuasa dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Continue reading

Marilah Menunaikan Zakat Fitrah!

Salam Ramadhan,

Golongan Penerima Zakat

Golongan Penerima Zakat

Ramadhan makin menghampiri penghujungnya. Resah gelisah para pencinta ibadah kerana Allah, kerana dengan berlabuhnya tirai Ramadhan, habis sudah bulan bonus yang mana digandakan pahala amalan soleh yang dibuat, berbanding bulan-bulan yang lain.

Continue reading