Category Archives: Faraid

Harta Pusaka Dilaburkan

Salam,

Seorang jiran menyatakan keinginan untuk melaburkan harta pusaka setelah sepakat semua adik-beradik, dan juga mendapatkan perlindungan kad perubatan untuk mereka semua.

Moga direalisasikan Allah swt., amin.

Afandi
-Takaful Keluarga, Takaful Kenderaan & Unit Trust-

Advertisements

Persoalan Selepas Ketiadaan Anda, Ada Jawapankah?

Salam Ramadhan,

Persoalan Pengurusan Harta Selepas Kematian

Persoalan Pengurusan Harta Selepas Kematian

Alhamdulillah, kita akan memasuki separuh kedua Ramadhan. Moga masih istiqamah dengan puasa, solat fardu, tarawih dan witir secara berjemaah, serta meneruskan tadarus Al-Quran, solat Tahajud, zikir, solat taubat dan sebagainya.

Bermula malam ini solat witir akan mengandungi bacaan doa Qunut, moga dimakbulkan Allah doa-doa yang dipinta, dan diterima segala amalan soleh yang telah kita lakukan selama ini.

Hadith : Doa Dalam Qunut witir Diriwayatkan dari Hasan bin Ali r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepadaku beberapa doa yang aku baca dalam qunut witir: Ertinya: Ya Allah! berilah aku pertunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, berkatilah untukku apa yang telah Eangkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahawa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang engkau musuhi (benci). Maha Agung Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.” (Ahmad Abu Daud, Annasa’i At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Continue reading

Bebaskah Kita Daripada Riba?

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah kita sudah memasuki hari ke 12 Ramadhan, semoga momentum beribadah, selain puasa yang diwajibkan ke atas kita dapat diteruskan dengan jayanya hingga ke penghujung Ramadhan, insyaAllah.

Puasa kita, tarawih, sedekah, baca Quran, dan pelbagai ibadah lagi kita lakukan dengan niat ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Namun adakah kita peka dengan muamalat kewangan kita? Adakah SEMUANYA berlandaskan Islam dan bebas daripada unsur riba? Tahukah kita bahawa hari ini sudah tiada alasan untuk tidak menggunakan produk kewangan Islamik kerana sudah banyak institusi kewangan Islam yang menawarkannya?

Continue reading

Forum Wasiat di BicaraJutawan.Com

Salam Ramadhan,

Tanpa Wasiat Harta Tergantung

Tanpa Wasiat Harta Tergantung

Semakin mencari ilmu tentang perancangan harta dan pengurusan harta pusaka ini, makin jelas ianya adalah satu perkara yang amat penting untuk dimiliki oleh setiap orang Islam.

Mungkin kita berpendapat, sudah cukup sekadar beribadah sebanyak mungkin sebagai bekalan akhirat, namun, dengan meninggalkan wasiat, kita dapat mengelakkan pewaris kita bertelagah tentang harta pusaka, mengambil hak yang bukan miliknya, menganggap penama sebagai pemilik mutlak harta, menyusahkan pewaris kerana lambat menerima bahagian masing-masing, terutama isteri yang tidak bekerja dan anak-anak.

Continue reading

Kenapa Perlu Berwasiat

Salam Ramadhan,

RM38billion Pusaka Belum Dituntut

RM38billion Pusaka Belum Dituntut

Dalam mencari lebih info tentang kepentingan wasiat, terjumpa laman web hartapusaka.net, milik Ustaz Md Ghazali Ibrahim. Pertama kali terlihat buku beliau yang lain, tetapi berkaitan wasiat/faraid di pejabat francais Wasiyyah Shoppe Kuantan.

Continue reading

Produk IN-HILAL Daripada Wasiyyah Shoppe

Salam Ramadhan,

Wasiyyah Shoppe

Wasiyyah Shoppe

Alhamdulillah, semalam penulis sudah selesai melanggan produk Pengurusan Harta Pusaka IN-HILAL, yang dikeluarkan oleh Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Continue reading

HUKUM & KEPENTINGAN FARAID

Oleh : Zailina Mahmud

PENGERTIAN FARAID

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

HUKUM BERKENAAN FARAID

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu. Continue reading