Category Archives: Stormreaders

Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa

Salam,

Tidak lama lagi lambaian Ramadhan akan tiba, bulan terbaik dalam setahun.

Bulan Ramadhan mengandungi fadilat yang banyak untuk umat Islam yang merinduinya, sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w;

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”

Hadis riwayat  Bukhari, Muslim & Nasaaei.

Continue reading

Buku-Buku Galeri Ilmu di Stormreaders!

Salam,

Klik imej untuk ke laman e-store Stormreaders (Gunakan Internet Explorer)

Menjadi ahli Stormreaders adalah antara keputusan terbaik yang saya buat pada tahun ini. Informasi awal daripada majalah SOLUSI menemukan saya dengan seorang ahli di Kuantan yang telah mendaftarkan saya untuk menjadi Pengedar.

Matlamat utama saya menjadi ahli ialah untuk membeli buku-buku yang saya akan hadiahkan kepada pelanggan ‘unit trust’ saya, dan juga untuk pembelian peribadi.

Continue reading

Membeli Buku Online di Stormreaders

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya telah mendaftar untuk menjadi ahli Stormreaders, setelah beberapa lama mengetahui tentangnya melalui majalah SOLUSI.

Buku-buku keluaran Telaga Biru telah lama menarik minat saya, kerana buku-buku yang dikeluarkan adalah berkualiti, isi dan kulitnya, ditambah ditulis oleh penulis-penulis yang terkenal di Malaysia.

Stormreaders membolehkan saya, sebagai ahli, untuk membeli buku-buku, CD dan VCD pada harga diskaun, disamping peluang untuk menjadikannya sumber perniagaan/pendapatan.

Continue reading

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama, saya menjenguk kembali laman Darussyifa’ Online di sini http://www.darussyifa.org/, dan menemui artikel yang menarik, berkenaan mengatasi masalah anak-anak yang nakal, degil dan suka melawan cakap ibu bapa.

Penulis, Ibnuumar Asseluluni, menggariskan dua kaedah untuk mengubati anak-anak yang bermasalah, dan yang penting langkah pencegahan oleh ibu bapa itu sendiri ketika mengadakan hubungan kelamin, untuk memastikan syaitan tidak mengganggu anak yang bakal dilahirkan, iaitu dengan berdoa.

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Continue reading