Bagaimana menjadi agen takaful am Syarikat Takaful Malaysia?


Salam,

Pulangan 15% Produk Takaful Am Syarikat Takaful Malaysia

Alhamdulillah semalam sudah selesai membuka akaun semasa syarikat di CIMB Islamic Bank, Pekan Pahang. Kita perlu membawa sekali satu salinan kad pengenalan, sijil pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga wang deposit minima RM1,000.

Ia lebih murah berbanding deposit RM2,000 yang diperlukan oleh Maybank, menyebabkan saya membatalkan hasrat membuka akaun semasa di cawangan Maybank Jalan Beserah, Kuantan.

Buku cek juga boleh diambil dalam masa 3 hari bekerja sahaja, berbanding 2 minggu oleh Maybank.

Kita juga boleh mendapatkan kad ATM dan mengaktifkan CIMB Clicks, cuma semalam belum sempat buat.

Kenapa Buka Akaun Semasa

Sebenarnya saya berminat untuk menjadi agen takaful am Syarikat Takaful Malaysia (STM), kerana pemegang polisi takaful kenderaan yang tidak membuat tuntutan boleh mendapatkan wang pulangan 15% selepas setahun, menarik bukan?

Bahkan kesemua produk takaful am STM menawarkan rebet 15% tersebut bergantung kepada lebihan dana setelah setahun. Kalau bayaran takaful RM1,000, anda berhak mendapat cek bernilai RM150 selepas setahun, banyak bukan?

Berbeza dengan Etiqa Takaful, yang mana kita boleh memohon menjadi agen atas kapasiti individu, STM mewajibkan kita mempunyai syarikat sendiri untuk tujuan tersebut.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia Kuantan

 

 

Itulah yang mendorong saya pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) cawangan Pahang pada Jumaat 22 Jun 2012, sekaligus menjadi tarikh penubuhan syarikat pertama saya!

Saya cuma perlu membayar RM60 untuk pendaftaran syarikat yang sah selama 5 tahun, ada promosi berbanding RM310 pada waktu tanpa promosi. Kalau anda berhasrat untuk mendaftarkan syarikat, eloklah kejar peluang keemasan ini.

Alamat dan nombor telefon SSM cawangan Pahang seperti berikut:

Lot 202-216, Tingkat 2, Block B,
Kuantan Centre Point,
Jalan Haji Abdul Rahman,
25000 Kuantan, Pahang. Tel: 09-516 4866 / 516 4600

Proses tidak lama dalam 40 minit, cuma sebaiknya pastikan anda telah mempunyai sekurang-kurangnya 3 pilihan nama syarikat, memandangkan nama pilihan anda itu mungkin sudah didaftarkan oleh orang lain sebelum ini.

Begitulah pengalaman baru yang saya tempuhi dalam proses memohon menjadi agen takaful am STM.

Kalau anda ada keperluan untuk memperbaharui takaful kenderaan dan cukai jalan atau apa jua produk takaful am yang lain bolehlah menghubungi saya di 019.985.5546 untuk mendapatkan ‘money back’ 15% itu sekiranya tidak berlaku apa-apa tuntutan.

20 responses to “Bagaimana menjadi agen takaful am Syarikat Takaful Malaysia?

  1. salam, macamnana nak jadi agen takaful am Syarikat Takaful malaysia di kuantan, nak ambik borang kat mana ye

    • Waalaikumussalam,

      Perlu pergi ke cawangan Takaful Malaysia Kuantan. Nanti akan diberi borang. Jika belum duduki peperiksaan, kena ambil peperiksaan dahulu.

      Lulus, baru urus permohonan..

  2. assalamualaikum?saya berminat untuk menjadi takaful am .tapi exam belum ambil lagi..bagaimana cara untuk mengambil exam tersebut boleh saudara bantu saya…

  3. assamualaikum…..Tuan, sy difahamkan untuk menjadi ejen insuran dikehendaki menghadiri kursus. persoalanya kursus berape hari dan berapa kena bayar untuk jadi ejen

    • Waalaikumussalam,

      Boleh hubungi syarikat takaful berkenaan. Biasa tidak lebih daripada sehari, yang pasti kena ambil peperiksaan untuk menjadi ejen. Kos sekitar RM100++.

  4. Assalammualaikum…Tuan, sy baru lulus peperiksaan insuran Am dan Takaful Am. Sy berhasrat nak buka syarikat untuk menjalankan spt tuan, boleh bagi saya tunjukajar. Sy di Kuala Lumpur, ini email sy naszz_68@yahoo.com… Terima kasih!

  5. Assalammualaikum…

    tuan, saya nak tanya..mcm mana nak buka cawangan untuk takaful Malaysia / agen?

    berapa modal kasar diperlukan…

    terima kasih tuan…

  6. Salam tuan..
    saya dah lulus exam..mcamne nak apply jd ejen STM…sorang boleh bape takaful bleh jadi ejen…maksud saya klo dh jd ejen takakful lain takaful msia bleh ke..tq..

  7. Assalam,

    Apa syarat utk jd agen takaful am dgn takaful malaysia?

  8. As salam terimakasih Tuan atas perkongsian ilmu yg berharga.
    Moga Allah swt memberkati usaha kita yg murni itu.
    Wasalam.

  9. Boleh tak saudara ceritakan pula kaedah untuk menjadi agen takaful untuk insuran kereta. Saya pun berminat nak sertai takaful sebagai ajen insuran kereta. Terima kasih.

  10. assalamualaikum tuan..sy hisham, sy berminat untuk menjadi egen insurans kenderaan..blh x tuan tunjuk ajar sy bagaimana cara menjadi egen insurans
    kenderaan..segala tunjuk ajar tuan amat dhargai..sekian terima kasih

Leave a comment